Perayaan-perayaan besar dalam Gereja sudah kita lalui dan bahkan di belakang kita; Natal, Paskah, Kenaikan Tuhan, Pentakosta. Untuk menutup rangkaian perayaan dan menyimpulkan atau merangkumkan keseluruhan misteri iman yang diungkapkan melalui perayaan- perayaan hari besar dalam Gereja, pada hari ini kita merayakan Hari Raya Tritunggal Mahakudus. Pesan apa yang disampaikan Liturgi Gereja Khususnya melalui bacaanbacaan pada hari ini?

Tuhan pencipta memimpin perjalanan Israel sebagai bangsa terpilih. Dia memperlihatkan diri sebagai Tuhan Penyelamat dan menjadikan bangsa yang dikasihi-Nya itu tanda dan cara keselamatan untuk segala bangsa.

Menurut rasul Paulus, oleh Roh Kudus Tuhan, kita orang Kristian menyedari diri sebagai anak Bapa di Surga. Bersama dengan Putera Tuhan, iaitu Kristus yang bangkit, orang Kristian menjadi pewaris dunia yang akan datang (Rom 8:14-17).

Kita dibaptis dalam nama Bapa dan Anak dan Roh Kudus dan menjadi umat Tuhan yang diutus kepada bangsa-bangsa. Kita datang dari Tuhan dan dengan Kristus, yang hadir di tengah-tengah kita, kita ditugaskan untuk menghantar dunia ini dan umat manusia seluruhnya kepada Tuhan (Mat 28:16-20).

Dalam cerita tentang Santo Agustinus, Uskup dari Hippo Afrika Utara, sebagai seorang Uskup yang mahir dalam ilmu ketuhanan dia rindu sekali menjelaskan semudah mungkin tentang Tuhan Tritunggal kepada umatnya. Sementara berfikir mengenai hal itu, beliau berjalan di pantai dekat rumahnya. Dia melihat seorang anak laki-laki kecil bermain air di
pasir. Uskup bertanya, “Nak, apa yang sedang kamu buat?”, “Aku sedang mencuba menimba air laut sampai habis masuk ke dalam kolam pasir ini,” jawab anak itu.

“Lubang sekecil itu tidak mungkin dapat memuatkan air laut yang maha luas itu.” kata Uskup. Lalu sedarlah beliau bahawa misteri Tritunggal tidak dapat difahami oleh akal manusia, mahkluk yang lemah dan sangat terbatas.

Sesulit itukah Wahyu Tuhan tentang Diri-Nya sebagai Tritunggal? Tuhan sendiri yang menyatakan diri kepada manusia melalui Firman yang disampaikan kepada mereka.

Untuk apa Tuhan menyampaikan sepuluh perintah-Nya? Sebagai tanda cinta-Nya? Dia mahu melindungi umat dari yang jahat dan membimbingnya ke jalan kebaikan.

Patutlah Israel bergembira kerana ditegur Tuhan dan dijadikan bangsa- Nya sendiri. Puncak pewahyuan diri Tuhan terjadi dalam Kristus. Kristuslah yang menyatakan sepenuhpenuhnya kepada manusia siapa Tuhan itu. “Sesiapa melihat Aku, dia melihat Bapa.” demikian penegasan Yesus kepada Filipus (Yoh 14:9).

Bersatu dengan Yesus, menjadi bahagian dari umat-Nya yang baru, bererti bersatu dengan Bapa dan Putera dan Roh Kudus melalui air permandian.

Melalui air baptis seorang Kristian bukan hanya digabungkan ke dalam persekutuan umat Tuhan. Dia ibaratkan ditenggelamkan masuk ke dalam Kasih Tuhan yang tanpa batas.

Roh Kudus menerangi hati dan fikirannya sehingga menyedari bahawa dia adalah anak Tuhan, masa depannya adalah kasih tanpa batas, tanpa henti dan sukacita tanpa akhir. Demikian indah kenyataan itu sehingga mengutip Yesaya 64:4 Paulus berseru, “Apa yang tidak pernah dilihat oleh mata, dan tidak pernah didengar oleh telinga, dan yang tidak pernah timbul di dalam hati manusia; semua yang disediakan Tuhan untuk mereka yang mengasihi Dia”

Kasih itu menghidupkan dan menggerakkan. Kebencian mematikan dan menjadikan beku. Kasih Tuhan menggerakkan Gereja, umat Tuhan untuk memberikan kesaksian tentang kasih itu.

Kita mengalami hidup kita sebagai pemberian dan buah kasih dari Bapa, ditebus dan diselamatkan dari kuasa dosa oleh Yesus sebagai Tuhan Putera dan diteguhkan serta diselenggarakan tanpa henti oleh Roh Kudus.

Bukan hanya hidup kita, hidup Gereja, melainkan hidup seluruh dunia dan segala isinya ada dalam kuasa kasih Tuhan yang kuat kuasa itu. “Di dalam Dia kita hidup, kita
bergerak, kita ada,” demikian Paulus meyakinkan penduduk kota Atena (Kis 17:28).

Pada saat dipermandikan, kita ditenggelamkan ke dalam lautan Kasih Tuhan. Dengan itu pula seluruh umat Tuhan disertakan amanat agung Sang Guru, “Pergilah, jadikanlah semua bangsa murid-Ku dan baptislah mereka dalam nama Bapa dan Anak dan Roh Kudus, dan ajarlah mereka melakukan segala sesuatu yang telah Kuperintahkan kepadamu.

Dan ketahuilah, Aku menyertai kamu senantiasa sampai akhir zaman” (Mat 28:19-20). Tuhan begitu mengasihi kita umat-Nya; adalah tanggung jawab kita menjadikan kasih itu nyata, dapat dilihat, dirasakan dan dialami semua orang di dunia ini.

Dalam Ekaristi ini biarlah persekutuan Bapa, Anak dan Roh Kudus menjadikan kita sebagai pemersatu kasih sejati di dalam keluarga, KKD, paroki dan masyarakat pada umumnya. Biarlah kita diubah dan dijelmakan menjadi manusia dan masyarakat baru yang hidup dalam kuat kuasa, kasih dan suka cita Tuhan.

Biarlah melalui dan bersama seluruh Gereja, sekalian makhluk tak hentihentinya sepanjang masa bersujud di hadirat Tuhan Tritunggal dengan seruan ini; “Kemuliaan kepada Bapa dan Putera dan Roh Kudus, seperti dahulu, sekarang dan sepanjang
abad!”

Ada satu cerita yang mengibaratkan manusia itu sebagai Garam dan Tuhan sebagai lautan. Sesudah penat mengembara ke mana-mana, akhirnya si Garam itu pun sampai di suatu tepi lautan.

Ia begitu kagum kepada laut yang maha luas dan bertanya kepada laut: “Siapakah kau?” Dan laut menjawab, “Masuklah, dan kau pasti akan tahu!” Ketika Garam itu masuk ke dalam laut, ia larut menjadi satu dengan laut. Pada saat itu ia merasa begitu bahagia dan berseru: “Ah! Sekarang saya tahu siapakah aku!...” Amin. —